Sunday, December 7, 2008

Enable Large Lba for Win2k

Kalau anda menggunakan harddisk yang berstorage lebih dari 130 gigabyte (GB) dalam windows 2000,anda tidak akan dapat access keseluruhan kapasiti harddisk tersebut,untuk mengaktifkan keseluruhan kapasiti itu,Hdd tersebut memerlukan 48 Bit LBA (Logical Block Addressing).

Sistem yang diperlukan unntuk mengaktifkan large storage:-
  1. Motherboard (or disc-controller) BIOS that supports 48 Bit LBA
  2. Memerlukan windows 2k sp4 untuk aktifkan 48 bit LBA

Cara untuk Enable 48-bit LBA large-disk support in the registry
  1. Open registry editor (Regedt32.exe).
  2. Cari registry key dalam (Regedt32.exe) seperti dibawah:-
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Atapi
\parameter

3.Pada Edit menu, click Add Value, dan masukkan registry value seperti dibawah:
Value name: EnableBigLba
Data type: REG_DWORD
Value data: 0x1
4. Keluar dari registry editor dan restart komputer untuk mengaktifkan key tersebut.

Diharapkan anda semua boleh memanfaatkan sumber ini..good luck...kalau ada masalah suarakanlah dalam sembang chat k..

Tuesday, September 30, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamulaikum.....Dipenghujung ramadhan ini celik computer ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidillfitri kepada umat islam setelah mengerjakan ibadah berpuasa di bulan ramadhan selama sebulan..Semoga setiap amalan yang dilakukan berkekalan hingga ke akhir hayat...

Sunday, September 14, 2008

Salin Fail Tanpa Gangguan

Jika kita menyalin sebuah folder yang bersaiz besar dan mempunyai kandungan fail yang banyak, sudah tentulah ia akan mengambil masa yang lama. Daripada duduk termanggu di depan monitor, adalah lebih baik kita tidur dan biarkan Windows menyelesaikan operasi tersebut. Namun keesokan hari kita mendapati keluar satu mesej: “Are you sure you want to continue?”

Unstoppable Copier boleh membantu anda untuk menyalin seluruh kandungan dalam folder tanpa sebarang gangguan. Perisian ini asalnya direka untuk menyalin fail-fail dari hard disk yang rosak. Oleh kerana banyak mesej error yang akan keluar sewaktu proses menyalin (akibat dari hard disk rosak), Unstoppable Copier akan memintas semua error tersebut dan terus menyalin.

Perisian ini akan turut melepasi sekatan anti-virus jika anti-virus mengesan apa - apa ancaman di dalam folder tersebut. Oleh itu anda harus beringat untuk scan folder tersebut dengan Anti-Virus apabila proses menyalin selesai.

Gunakan Unstoppable Copier dan anda tidak perlu risau lagi akan proses menyalin. Hanya tetapkan folder yang hendak disalin serta destinasinya, dan anda boleh tinggalkan komputer anda dengan senang hati.

Dapatkan Unstoppable Coper di sini.

* Sumber daripada sembang komputer

Friday, July 25, 2008

Menguji Kelajuan Internet

  • Kelajuan Internet diukur mengikut berapa banyak maklumat dapat dipindahkan dari server ke komputer. Lebih laju sambungan Internet lebih cepat maklumat dapat dipindahkan. Kelajuan Internet diukur menggunakan kaedah kbps iaitu kilobit per seconds atau kilobit sesaat.

  • Kbps menunjukkan berapa bayak maklumat boleh dipindahkan didalam masa satu saat. Jika sambungan Internet kita adalah 1 kbps, ini menunjukkan kadar pemindahan maklumat adalah 1,000 bit sesaat.

  • Oleh kerana 1 huruf mewakili 8 bit maka 1,000 bit adalah lebih kurang 128 huruf. Pemindahan 128 huruf sesaat memang lah tidak banyak. Sebab itu kelajuan Internet yang dibekalkan adalah didalam lingkungan 100 kbps keatas. Dengan kelajuan 100kbps (100,000 bit), sambungan dapat memindahkan 12,800 huruf sesaat.

  • Namun pengguna Internet sekarang tidak hanya memuat-turunkan teks sahaja, mereka memuat-turunkan gambar, lagu dan juga video, jadi kelajuan Internet sekarang telah meningkat ke tahap Mbps iaitu Mega bit per second. Kelajuan pada kadar 1 Mbps (1,000,000 bits) boleh memindahkan sebanyak 128,000 huruf sesaat.

  • Oleh kerana saiz fail biasanya diukur dengan kadar Byte, bukan bit maka untuk menukarkan byte kepada bit anda perlu mendarabkan bit dengan 8. Contoh mudah 1 MB fail yang dipindahkan melalui sambungan 56 kbps akan mengambil masa selama 2 minit 29.8 saat. Untuk memudahkan pengiraan anda boleh melayari laman web http://www.t1shopper.com/tools/calculate/downloadcalculator.shtml


Picture 3.png
Untuk anda mengukur kelajuan sesuatu sambungan pula anda boleh menggunakan kemudahan di laman web ini: http://www.speedtest.net/..
"Selamat menguji kelajuan sambungan Internet anda..."