Friday, July 25, 2008

Menguji Kelajuan Internet

  • Kelajuan Internet diukur mengikut berapa banyak maklumat dapat dipindahkan dari server ke komputer. Lebih laju sambungan Internet lebih cepat maklumat dapat dipindahkan. Kelajuan Internet diukur menggunakan kaedah kbps iaitu kilobit per seconds atau kilobit sesaat.

  • Kbps menunjukkan berapa bayak maklumat boleh dipindahkan didalam masa satu saat. Jika sambungan Internet kita adalah 1 kbps, ini menunjukkan kadar pemindahan maklumat adalah 1,000 bit sesaat.

  • Oleh kerana 1 huruf mewakili 8 bit maka 1,000 bit adalah lebih kurang 128 huruf. Pemindahan 128 huruf sesaat memang lah tidak banyak. Sebab itu kelajuan Internet yang dibekalkan adalah didalam lingkungan 100 kbps keatas. Dengan kelajuan 100kbps (100,000 bit), sambungan dapat memindahkan 12,800 huruf sesaat.

  • Namun pengguna Internet sekarang tidak hanya memuat-turunkan teks sahaja, mereka memuat-turunkan gambar, lagu dan juga video, jadi kelajuan Internet sekarang telah meningkat ke tahap Mbps iaitu Mega bit per second. Kelajuan pada kadar 1 Mbps (1,000,000 bits) boleh memindahkan sebanyak 128,000 huruf sesaat.

  • Oleh kerana saiz fail biasanya diukur dengan kadar Byte, bukan bit maka untuk menukarkan byte kepada bit anda perlu mendarabkan bit dengan 8. Contoh mudah 1 MB fail yang dipindahkan melalui sambungan 56 kbps akan mengambil masa selama 2 minit 29.8 saat. Untuk memudahkan pengiraan anda boleh melayari laman web http://www.t1shopper.com/tools/calculate/downloadcalculator.shtml


Picture 3.png
Untuk anda mengukur kelajuan sesuatu sambungan pula anda boleh menggunakan kemudahan di laman web ini: http://www.speedtest.net/..
"Selamat menguji kelajuan sambungan Internet anda..."

Wednesday, July 23, 2008

Turn Off Autoplay

Dalam post ini,saya ingin kongsikan cara mcn mana nak set all drive dalam windows kepada off autoplay..cara ini dapt mengelakkan virus,ini berlaku bila kita plugin usb storage di komputer kita dan windows automatic run data dari usb storage tu..Ini bleh membuka jalan utama kepada virus utk bolos masuk ke dalam sistem windows kita sebelum discan menggunakan antivirus komputer kita.Dengan cara ini dapat mengelakkan virus memasuki sistem windows kita...
Dibawah ni saya sertakan screen shoot cara-cara nak setting turn off autoplay..

  • langkah pertama pergi ke start run dan taip gpedit.msc...

  • Selepas itu pergi ke administrative template dan cari turn off autoplay...


  • Kemudian setting le dkt tetingkat turn off autoplay..kita bleh disable cdrom ataupun all drive kepada off autoplay....




Selamat mencuba....Diharapkan berjaya...disini disertakan pantun..
pecah kaca,pecah gelas,dah baca haraplah komen...hehehe..